Gambar 1: Poster Filem Ngangkung Filem merupakan suatu media elektronik paling tua daripada media lain yang mana mempertunjukkan gambar-gambar hidup yang seolah-olah memindahkan realiti kepada layar besar. Filem juga merupakan suatu media komunikasi massa yang penting untuk mengkomunikasikan tentang kehidupan realiti atau fantasi. Mengikut pendapat Effendi (1986), filem adalah sebagai hasil budaya dan alat ekspresi kesenian. Kini, terdapat banyak filem-filem hebat dan kreatif dihasilkan oleh pengarah dan salah satunya filem Ngangkung. Filem Ngangkung ini merupakan filem arahan Ismail Bob Hashim yang telah ditayangkan pada 25 November 2010. Filem Ngangkung ini juga membelanjakan kos pembuatan filem ini sebanyak RM 1.8 juta. Filem ini merupakan genre seram yang berunsurkan komedi dan mempunyai durasi sebanyak satu jam empat puluh satu minit. Filem ini menceritakan tentang tiga orang sekawan yang merupakan kaki ekor sehingga menggubah gaya hidup mereka sebelum ini. Wujudnya...
SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA : NASIHAT BUKANLAH SATU AMARAH TAPI DORONGAN KE ARAH LEBIH BAIK MOHAMMAD IKMAL HADI BIN ROSLI MOHAMAD FAKHRUDDIN BIN ABDUL AZIZ SITI NOR RANI BINTI ALI
CONTOH-CONTOH PENULISAN BERITA TERKINI. BERITA SATU DENDAM RAKAN SEKELAS Ikmal Hadi, 29 Mac 2018 KOTA KINABALU: Lima orang Pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen, terhadap pertuduhan merogol pelajar UMS dan merupakan rakan sekelas mangsa. Tertuduh, Zarif Ramli, Ahmad Kamil, Nash Yusuf, Yusri Qamil dan Lokman Hakim membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas pertuduhan dibacakan dan mengaku tidak bersalah dan menolak kesemua kenyataan dari pihak peguam. Menurut kenyataan dari pihak peguam bela menyatakan “ suspek sudah lama menyimpan dendam terhadap mangsa, namun suspek cuba berbuat baik supaya di maafkan dan dapat membalas dendamnya dengan memberi minuman yang mengandungi pil khayal atau Pil-pil Morfin menyebabkan mangsa pengsan dan suspek bersama rakannya telah merogol mangsa secara bergilir-gilir disebuah pantai Odek,UMS.” Namun kenyataan tersebut ditolak oleh suspek. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol...
Comments
Post a Comment