PENULISAN BERITA
CONTOH-CONTOH PENULISAN BERITA TERKINI.
BERITA SATU
BERITA TIGA
AMANAT NAIB CANSELOR 2018
Ikmal Hadi, 30 Mac 2018
BERITA SATU
Kerana Mulut Badan Binasa
Fakhruddin Aziz, 31 Febuari
2018
KOTA
KINABALU: Seorang
gadis berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang penuntut di Universiti
Malaysia Sabah menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol lima lelaki di
sebuah rumah kosong di Jalan Kingfisher, ketika pergi berjogging pada 10
Febuari yang lalu di ODEC, Universiti Malaysia Sabah.
Ketika kejadian, penuntut
Universiti berkenaan sedang dalam
perjalanannya berjogging menuju ke ODEC, UMS yang terletak beberapa meter dari
kediamannya di universiti berkenaan.
Kumpulan lelaki yang telah melampiaskan nafsu jijik mereka terhadap
gadis tersebut telah meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,
Superintendan Fuad Ismail Debit berkata, mangsa ditemui rakannya dalam keadaan
compang camping dan tidak bermaya sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya yang
berada di kawasan Telipok.
“Mangsa pengsan sebaik sahaja
tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Besar Quen Elibeth.
Selepas sedar, remaja itu menceritakan bahawa semasa sedang berjogging
kira-kira jam 5.50 petang beliau telah didatangi oleh seorang kawan lelakinya
dan mempelawanya untuk menghantarnya pulang. Namun sebaliknya mangsa telah
dibawa ke sebuah rumah kosong di jalan Kingfisher dan disana empat orang lagi
remaja lelaki telah menunggu dan mangsa telah dirogol oleh sekumpulan remaja
lelaki berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Menurut pihak polis, laporan
telah diterima daripada kakak mangsa kira-kira jam 9 malam. Menurut pihak polis
lagi, siasatan yang dijalankan di tempat kejadian menemui kesan tompokkan darah
di lantai rumah kosong berkenaan dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.
Fuad Ismail Debit berkata, seorang
suspek yang telah dikenal pasti dan ditahan untuk membantu siasatan kes dan
berkemungkinan kejadian yang berlaku mungkin berpunca dari dendam.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen
375B Kanun Keseksaan kerana merogol beramai-ramai dan jika sabit kesalahan,
boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan.
BERITA DUA
Kembara Ziarah NUMERA di DBP Kota Kinabalu
Kota Kinabalu: Pada 15 Mac 2018, bertempat di
Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Kota kinabalu, Sabah telah menjadi salah satu
tempat yang menjadi pilihan Kembara Ziarah NUMERA. Kembara Ziarah NUMERA ini
telah dihadiri oleh beberapa orang pemuisi yang hebat antaranya Sasterawan
Negara Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah yang juga merupakan Presiden NUMERA
Malaysia, Dato’ Nashuha Jamidin, Umar Uzair, Siamir Marulafau, Shirley Idris
dan ramai lagi. Turut memeriahkan lawatan berkenaan pemenang anugerah pemuisi
Islam Sabah juga hadir bagi menyambut lawatan kembara ziarah NUMERA ke DBP Kota
Kinabalu.
BERITA TIGA
BERITA SATU
Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan
Pelancaran Projek Pembangunan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah yang
pertama di mana dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak. Pelancaran ini telah diadakan pada 2 Mac 2018 yang bertempatkan Dewan
Kuliah Pusat Baru dan mendapat sambutan para mahasiswa dan mahasiswi UMS serta
para penduduk Kota Kinabalu.
Datuk Seri
Najib juga menjelaskan bahawa wujudnya Hospital Universiti Malaysia Sabah
(HUMS) untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan perubatan dan perkhidmatan
kesihatan di Sabah. Beliau jugak berkata HUMS digelar sebagai hospital pengajar
pintar secara berperingkat dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Dalam pada
itu, pelancaran ini turut dihadiri oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman,
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching dan Naib Canselor
UMS Prof Datuk Dr D Kamaruddin D Mudin.
Selain itu,
Datuk Mary Yap menegaskan pembangunan hospital pengajar pintar ini menjadi
pemangkin kepada pembangunan Sabah di era Revolusi Industri 4.0. Beliau juga
berkata, HUMS dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi digital,
integrasi antara peralatan perubatan, bangunan, kelas dan dewan peperiksaan
pintar. Datuk Mary juga memberitahu bahawa sebanyak RM652 juta diperuntukkan
untuk membina HUMS dengan keluasan 110,853 meter persegi yang memuatkan 400
katil.
BERITA SATU
DENDAM
RAKAN SEKELAS
Ikmal Hadi, 29 Mac 2018
KOTA KINABALU: Lima orang Pelajar
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen, terhadap pertuduhan merogol pelajar
UMS dan merupakan rakan sekelas mangsa.
Tertuduh, Zarif Ramli, Ahmad Kamil,
Nash Yusuf, Yusri Qamil dan Lokman Hakim membuat pengakuan itu di hadapan Hakim
Ahmad Bazli Bahruddin selepas pertuduhan dibacakan dan mengaku tidak bersalah
dan menolak kesemua kenyataan dari pihak peguam.
Menurut kenyataan dari pihak peguam
bela menyatakan “ suspek sudah lama menyimpan dendam terhadap mangsa, namun
suspek cuba berbuat baik supaya di maafkan dan
dapat membalas dendamnya dengan memberi minuman yang mengandungi pil
khayal atau Pil-pil Morfin menyebabkan mangsa pengsan dan suspek bersama
rakannya telah merogol mangsa secara bergilir-gilir disebuah pantai Odek,UMS.”
Namun kenyataan tersebut ditolak oleh suspek.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa
merogol mangsa secara bergilir-gilir oleh Lima suspek di Pantai Odek,UMS pada
jam 5.30 petang, hari rabu bersamaan 4 Januari 2018.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen
376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 25 tahun
dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan
Pendakwa Suhaida Maya, manakala peguam Datuk Alif Shukri, mewakili tertuduh.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat
jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mac depan
sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia.
BERITA DUA
BERITA DUA
JELAJAH NUMERA DIBUMI BORNEO
Ikmal Hadi, 15 Mac 2018
KOTA KINABALU: NUMERA atau lebih di kenali dengan Nusantara Melayu Raya yang di asas oleh sasterawan negara iaitu DATUK DR AHMAD KAMAL ABDULLAH telah mengadakan satu jelajah mengelilingi bumi Borneo.
Penjelahan NUMERA telah memilih destinasi berikut adalah UMS selepas Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah pada hari khamis bersamaan 15 mac 2018.Penjelajahan NUMERA telah di iringi oleh ahli NUMERA sendiri seperti Umar Uzair, Pak Cik Amir, Shirley Idris Dan Dato Dr Nashuha.
Ketibaan NUMERA di Fakulti Kemanusiaan Seni Warisan, UMS telah di raikan oleh pelajar dari fakulti tersebut. NUMERA memilih UMS sebagai destinasi seterusnya untuk memberi pendedahan tentang NUMERA. Namun, program tersebut telah di rasmikan oleh Dekan Fakulti Prof Dr Ismail Ibrahim.
Ahli NUMERA memberi beberapa perkongsian tentang persatuan tersebut. namun pendedahan lebih di beri dari Datuk Dr Ahmad Kamal. Namun, program tersebut juga di serikan lagi dengan pengacara yang menceriakan suausana iaitu En Sharif Zainal.
BERITA TIGA
AMANAT NAIB CANSELOR 2018
Ikmal Hadi, 30 Mac 2018
KOTA
KINABALU, 21 Mac 18– Prof Dr D Kamaruddin D Mudin, Naib Canselor Universiti
Malaysia Sabah menekan tentang hala tuju UMS amnya akan berpandukan kepada
Pelan Strategik UMS 2018-2020. Pelan tersebut mengandungi Pelan Strategik
baharu ini mempunyai 9 bidang tumpuan [Key Result Areas (KRA)], yang mana 2
daripadanya adalah berbeza berbanding Pelan Strategik terdahulu. Dua KRA baharu
ini ialah mempertingkatkan pengalaman holistik pelajar, dann transformasi ke
arah universiti /industri 4.
Namur perancangan ini harus diberi perhatian dalam
Learning & Teaching 4.0 ialah pembelajaran sepanjang hayat (life-long
learning). Ini melibatkan pihak luar UMS dan juga staf UMS sendiri. Untuk terus
relevan pada era Industri 4.0, staf UMS perlu retraining/reskilling. Lazimnya
ini diadakan melalui program Individual Development Plan (IDP) (dulunya
dikenali CPD) modkonvensional. Sesuai dengan perkembangan semasa, mulai tahun
ini sebahagian kursus IDP di UMS akan dikendalikan secara mod teradun (blended
mode).
Di
dalam amanat Naib Canselor juga
menyatakan Smart Eco-UMS 4.0 ini juga merupakan satu strategik penggunaan
teknologi digital dan kaedah-kaedah berasaskan ICT untuk meningkatkan prestasi
(eg. productivity, efficiency, etc.) UMS, serta mempertingkatkan pelaksanaan
pembelajaran dan pengajaran, dan juga pengurusan penyelidikan. Hal ini akan
dapat membaiki dan membangunkan sistem pembelajaran dan perkhidmatan kepada
semua pelajar, staf dan pensyarah Universiti Malaysia sabah
Akhir
amanat Naib Canselor juga berharap sokongan dari semua pihak dalam menjayakan
segala usaha untuk meningkatkan lagi prestasi Universiti Malaysia Sabah di
persada Antarabangsa.
MARILAH
KITA BERSAMA-SAMA MEMACU KECEMERLANGAN UMS
MOHAMMAD IKMAL HADI BIN ROSLI
BERITA SATU
Kerana Mulut Badan Binasa
Fakhruddin Aziz, 31 Febuari
2018
KOTA
KINABALU: Seorang
gadis berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang penuntut di Universiti
Malaysia Sabah menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol lima lelaki di
sebuah rumah kosong di Jalan Kingfisher, ketika pergi berjogging pada 10
Febuari yang lalu di ODEC, Universiti Malaysia Sabah.
Ketika kejadian, penuntut
Universiti berkenaan sedang dalam
perjalanannya berjogging menuju ke ODEC, UMS yang terletak beberapa meter dari
kediamannya di universiti berkenaan.
Kumpulan lelaki yang telah melampiaskan nafsu jijik mereka terhadap
gadis tersebut telah meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,
Superintendan Fuad Ismail Debit berkata, mangsa ditemui rakannya dalam keadaan
compang camping dan tidak bermaya sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya yang
berada di kawasan Telipok.
“Mangsa pengsan sebaik sahaja
tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Besar Quen Elibeth.
Selepas sedar, remaja itu menceritakan bahawa semasa sedang berjogging
kira-kira jam 5.50 petang beliau telah didatangi oleh seorang kawan lelakinya
dan mempelawanya untuk menghantarnya pulang. Namun sebaliknya mangsa telah
dibawa ke sebuah rumah kosong di jalan Kingfisher dan disana empat orang lagi
remaja lelaki telah menunggu dan mangsa telah dirogol oleh sekumpulan remaja
lelaki berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Menurut pihak polis, laporan
telah diterima daripada kakak mangsa kira-kira jam 9 malam. Menurut pihak polis
lagi, siasatan yang dijalankan di tempat kejadian menemui kesan tompokkan darah
di lantai rumah kosong berkenaan dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.
Fuad Ismail Debit berkata, seorang
suspek yang telah dikenal pasti dan ditahan untuk membantu siasatan kes dan
berkemungkinan kejadian yang berlaku mungkin berpunca dari dendam.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen
375B Kanun Keseksaan kerana merogol beramai-ramai dan jika sabit kesalahan,
boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan.BERITA DUA
Kembara Ziarah NUMERA di DBP Kota Kinabalu
Fakhruddin
Aziz, 20 Mac 2018
Persatuan Sasterawan NUMERA Malaysia merupakn sebuah
pertubuhan sasterawan yang berdaftar secara sah dibawah Syarikat Pendaftaran
Pertubuhan pada 2012 yang membawa misi memartabatkan sastera dan Bahasa Melayu.
Sepanjang enam tahun penubuhannya, NUMERA berupa singkatan daripada Nusantara
Melayu Raya terus memberikan komitmen yang tinggi dalam perjuangannya. Dalam
usaha ini, NUMERA mengusahakan pelbagai cara dan acara seperti kembara ziarah
NUMERA ini adalah bagi memberi alamat kepada masyarakat agar seni dan sastera
di Nusantara dapat terus diberi perhatian khusus dan dijunjung sehingga menjadi
Bahasa Rasmi ASEAN.
Dalam lawatan NUMERA pada pagi Khamis di DBP Kota
Kinabalu yang lalu telah diisi dengan pelbagai acara. Majlis dimulai dengan
bacaan doa dari salah seorang anggota DBP kota Kinabalu. Seterusnya acara
diteruskan lagi dengan ucapan kata alu-aluan daripada ketua DBP cawangan Kota
Kinabalu dan kemudian diikuti dengan ucapan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Ahmad
Khamal Abdullah. Dalam ucapannya, beliau telah memulakan ucapannya dengan
membaca sebuah puisi. Banyak daripada ucapannya menyatakan hasratnya agar
masyarakat hari ini menjunjung dan menghargai bahasa dan seni masyarakat
Melayu. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan acara pembacaan puisi dari
ahli-ahli yang terlibat.
Penyair dan aktivis seni Shirley Idris membuka acara
pembacaan puisi pada hari tersebut. Beliau mendeklamasikan puisi pada hari
berkenaan dengan menarik sekali dengan membawa sebuah puisi yang memerlukannya
mengayakan seolah-olah seorang penari. Penyanyi dan penyair Umar Uzair tidak
kurang hebat dengan membawa sebuah puisi dalam bentuk nyanyian. Kemudian
pendeklamasian puisi diteruskan lagi dengan ahli-ahli yang lain yang tidak
kurang hebatnya. Tamat sahaja ziarah kembara NUMERA di DBP Kota Kinabalu,
ziarah kembara NUMERA diteruskan lagi pada sebelah petang ke Fakulti
Kemanusiaan, Seni dan warisan, Universiti Malaysia Sabah.
BERITA TIGA
PM Rasmi Hospital Universiti Malaysia Sabah
Fakhruddin
Aziz, 3 Mac 2018
Kota Kinabalu: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib
Tun Razak semalam telah hadir ke Universiti Malaysia Sabah bagi merasmikan
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) sebagai sebuah hospital pengajar
pintar.
Kehadiran Najib pada majlis itu turut
mengimbau nostalgia beliau merasmikan majlis pecah tanah kampus UMS ketika
menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1995. Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri
Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yan Kain Ching dan Naib Canselor UMS Prof
Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.
Mengumumkan perkara itu, perdana menteri
berkata, ia bagi melonjak kualiti pendidikan perubatan dan perkhidmatan
kesihatan di Sabah. "Kerajaan akan merealisasikan hasrat menjadikan HUMS
sebagai hospital pengajar pintar secara berperingkat sekali gus memastikan
hospital berkenaan dapat memberi manfaat kepada rakyat Sabah khususnya pelajar
perubatan di universiti berkenaan.
"Kita (kerajaan) boleh menjadikan
hospital pengajar pintar ini sebagai projek ikonik yang tidak hanya
menguntungkan pelajar tetapi juga rakyat Sabah," katanya berucap
melancarkan Projek Pembangunan HUMS di sini hari ini.
Selesai beliau merasmikan HUMS, beliau
kemudian menunaikan solat Jumaat bersama warga kampus UMS di Masjid UMS sebelum
menghadiri program Perhimpunan Perdana Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.
MOHAMAD FAKHRUDDIN BIN ABDUL AZIZ
BERITA SATU
Kesakitan Hasil Lima Orang Lelaki
Siti Nor Rani, 6
Februari 2018
Kota
Kinabalu : Seorang pelajar perempuan didapati dirogol oleh lima orang pelajar
lelaki di ODEC, Universiti Malaysia Sabah. Kejadian ini berlaku sekitar 10.30
malam. Hasil siasatan mendapati seorang pelajar perempuan itu berjalan
sendirian sehingga lima orang pelajar lelaki menghampirinya dan merogolnya
secara beramai-ramai.
Humairah, 21 tahun yang merupakan
mangsa rogol itu menyatakan bahawa kini dirinya berada dalam keadaan trauma.
Dia tidak menyangka perkara sebegini berlaku kepada dirinya dan dia kini lebih
berhati-hati berjalan keseorangan walau dimana jua. Selain itu, hasil rawatan
terhadap dirinya tidak menunjukkan kecederaan yang teruk dan hanya terdapat
kecederaan yang ringan.
Menurut Inspektor Zamri, lima orang
lelaki yang terbabit itu merupakan penuntut UMS iaitu Hasan (22 tahun), Johan
(22tahun), Haris (23 tahun), Hasnol (24 tahun), dan Farid (24 tahun).
Kelima-lima orang pelajar ini sudah ditangkap ketika mereka cuba melarikan diri
di tempat kejadian. Kelima-lima pelajar ini dibawa kebalai polis dan direman
untuk siasatan dan mereka juga dikenakan hukuman serta denda di atas Seksyen
375 B Kanun Keseksaan kerana merogol secara beramai-ramai.
BERITA DUA
HOSPITAL
PENGAJAR PINTAR PERTAMA DI SABAH
Siti
Nor Rani binti Ali, 3 Mac 2018
BERITA TIGA
Kembara Numera Kini Kembali
Siti Nor Rani, 16
March 2018
Kota
Kinabalu : Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya) telah mengadakan
kembara secara besar-besaran yang diberi nama “Kembara Ziarah Numera 2018”.
Kembara Numera ini diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada 15
March 2018. Kembara ini juga dilakukan sempena meraikan ulang tahun
penubuhannya yang ke 6 tahun dengan tujuan menjambatani keakraban di antara
sasterawan dan para penyair Numera dengan penggiat seni tempatan.
Kembara ini diketuai oleh presiden
Numera iaitu Sasterawan Negara Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah. Selain itu,
kembara sebegini diadakan bagi memaju dan mengembangkan aktiviti serta
pemikiran terhadap pembangunan sastera bukan sahaja di dalam negara tapi
seluruh Nusantara dan peringkat dunia. Kembara ini dimeriahkan lagi dengan
dialog budaya dan sastera serta persembahan puisi daripada Umar Uzair, Dato
Nashuha Jamidin, Shirley Idris, Nuthayla Anwar dan beberapa penyair yang lain.
Program kembara Numera ini juga
mendapat sambutan daripada kalangan penyair dan penggiat sastera Sabah dan
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah yang datang bersama-sama
untuk menjayakan program kembara ini. Program kembara Numera ini dapat
dijayakan dengan meriah apabila peserta dapat pendedahan serba sedikit
berkaitan sastera di negara Malaysia.
SITI NOR RANI BINTI ALI
Comments
Post a Comment