ANALISIS POSTER DAN FILEM NGANGKUNG
Gambar 1: Poster Filem Ngangkung
Filem merupakan suatu media elektronik paling tua daripada
media lain yang mana mempertunjukkan gambar-gambar hidup yang seolah-olah
memindahkan realiti kepada layar besar. Filem juga merupakan suatu media
komunikasi massa yang penting untuk mengkomunikasikan tentang kehidupan realiti
atau fantasi. Mengikut pendapat Effendi (1986), filem adalah sebagai hasil
budaya dan alat ekspresi kesenian. Kini, terdapat banyak filem-filem hebat dan
kreatif dihasilkan oleh pengarah dan salah satunya filem Ngangkung. Filem
Ngangkung ini merupakan filem arahan Ismail Bob Hashim yang telah ditayangkan
pada 25 November 2010. Filem Ngangkung ini juga membelanjakan kos pembuatan
filem ini sebanyak RM 1.8 juta. Filem ini merupakan genre seram yang
berunsurkan komedi dan mempunyai durasi sebanyak satu jam empat puluh satu
minit. Filem ini menceritakan tentang tiga orang sekawan yang merupakan kaki
ekor sehingga menggubah gaya hidup mereka sebelum ini. Wujudnya perubahan yang
ketara terhadap keluarga mereka terutama keluarga Azim menyebabkan mereka
kembali bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Filem ini diambil untuk
menganalisis beberapa unsur yang digunakan dalam menghasilkan filem antaranya
seperti tema, watak dan perwatakan, dominasi watak, bahas teks, busana,
peralatan dalam poster, latar, simbol, dan unsure kekaguman.
Filem juga merupakan suatu media komunikasi massa yang
penting untuk mengkomunikasikan tentang kehidupan realiti atau fantasi.
Mengikut pendapat Effendi (1986), filem adalah sebagai hasil budaya dan alat
ekspresi kesenian. Kini, terdapat banyak filem-filem hebat dan kreatif
dihasilkan oleh pengarah dan salah satunya filem Ngangkung. Filem Ngangkung ini
merupakan filem arahan Ismail Bob Hashim yang telah ditayangkan pada 25
November 2010. Filem Ngangkung ini juga membelanjakan kos pembuatan filem ini
sebanyak RM 1.8 juta. Filem ini merupakan genre seram yang berunsurkan komedi
dan mempunyai durasi sebanyak satu jam empat puluh satu minit. Filem ini
menceritakan tentang tiga orang sekawan yang merupakan kaki nombor ekor
sehingga menggubah gaya hidup mereka sebelum ini. Wujudnya perubahan yang
ketara terhadap keluarga mereka terutama keluarga Azim menyebabkan mereka
kembali bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Penggunaan bahasa dalam filem Ngangkung ini sangat mudah
dan mempunyai dialog yang bersahaja namun berjaya mencuit hati penonton.
Disebabkan itu gaya bahasa yang digunakan sangat penting untuk menarik
perhatian para penonton. Mengikut pendapat Lim Swee Tim (2003), beliau
menyatakan gaya bahasa adalah cara pemakaian bahasa oleh pengarang dan gaya
bahasa menjadi pemangkin untuk memudahkan hal-hal yang sukar dan abstrak
disampaikan dengan lebih mudah. Pendapat ini dipersetujui oleh Mohd Ra’in
Shaari, Sulaiman Masri dan Abdullah Yusof (2006) yang menyatakan gaya bahasa
adalah susunan perkataan yang digunakan untuk menyampaikan idea dan perasaan,
fikiran dan maksud dalam penulisannya. Pendapat lain adalah Harimurti (1993)
iaitu pemanfaatan atas kekayaan bahasa seseorang dalam bertutur atau menulis,
lebih khusus adalah pemakaian ragam bahasa tertentu untuk memperoleh kesan
tertentu. Oleh itu, gaya bahasa bermaksud cara atau bentuk bahasa yang
digunakan dalam pertuturan atau penulisan untuk menimbulkan kesan-kesan
tertentu.
Bahasa dalam sesebuah filem memainkan peranan yang penting
bagi memberi kepuasan bagi penonton yang hadir menonton di pawagam. Oleh itu
terdapat beberapa jenis bahasa yang digunakan di dalam filem Ngangkung ini.
Pertama, bahasa yang perlu diteliti adalah bahasa yang digunakan di dalam
poster. Bahasa yang digunakan di dalam poster filem ini adalah bahasa pasar.
Bahasa pasar adalah campuran bahasa melayu dengan bahasa-bahasa lain. Bahasa
pasar di dalam poster ini jelas dapat dilihat dari tajuk filem ini sendiri
iaitu Ngangkung. Ngangkung bermaksud duduk antara berlipat kaki sambil memuja
benda halus untuk mendapatkan nombor ekor dan sebagainya yang khurafat.
Ngangkung merupakan satu kosa kata yang digunakan oleh golongan yang taksub
untuk mendapatkan sesuatu melalui aktiviti pemujaan.
Selain itu, Ngangkung bermaksud perilaku memuja nombor
ekor dengan menggunakan barang antik sambil mencangkung. Malahan itu Ngangkung juga
boleh membawa maksudnya berdasarkan filem Ngangkung adalah satu aktiviti atau
perbuatan yang tidak bermoral, di mana pelakunya perlu menyeru iblis, hantu,
jin, puaka, ifrit dan yang seangkatan dengannya sama ada menerusi tempat-tempat
'keras' yang menjadi tempat tinggal makhluk halus tersebut, atau dengan cara
memuja peralatan-peralatan tertentu yang dipercayai memiliki khadam atau pernah
digunakan untuk membunuh seseorang bagi mendapat nombor ekor. Kebiasaannya,
khidmat bomoh atau pawang akan digunakan dalam usaha memanggil khadam
(sekiranya menerusi pemujaan peralatan) atau penunggu bagi satu-satu tempat
'keras'. Apabila khadam atau makhluk halus itu keluar, bomoh akan meminta
nombor ekor daripada makhluk halus tersebut.
Seterusnya adalah bahasa yang digunakan di dalam filem
ini. bahasa yang digunakan di dalam filem adalah penting bagi memastikan
komunikasi antara penyampai dan penonton adalah baik. Bahasa yang digunakan di
dalam filem ini adalah bahasa melayu. Namun penggunaan pelbagai dialek dapat
dilihat di dalam filem ini. Contoh penggunaan dialek yang dapat dilihat adalah
dialek utara yang digunakan oleh “Pendeta” yang dilakonkan oleh Mazlan Pet Pet.
Contoh lain adalah penggunaan dialek kelantan yang digunakan oleh bomoh lakonan
Kamarool. Beriikutnya adalah penggunaan bahasa mentera. Terdapat beberapa babak
di dalam filem ini menggunakan bahasa mentera terutama sekali babak yang
memperlihatkan aksi bomoh ngangkung (memuja). Contoh bahasa mentera yang
digunakan adalah “besi maha besi, besi datang daripada Kedah, biak
pergi hang pi, biar tinggal gusi dengan lidah, hap…hap…eeyeehhh”.
Secara keseluruhan filem ini sememangnya telah berjaya
membuat penonton terhibur dengan unsur-unsur humor yang ditonjolkan. unsur
humor yang berjaya dihasilkan adalah salah satunya disebabkan bantuan daripada
para pelakon yang memainkan peranan yang sangat
penting. Kebanyakkan pelakon di dalam filem ini adalah sememangnya pelakon
komedi. Contohnya Angah Raja Lawak, Lan Pet Pet , Azlee Senario dan ramai lagi.
Contoh babak yang memperlihatkan unsur humor adalah babak semasa Shaheizy Sam
tiba-tiba berdialog dalam bahasa Kelantan semasa bertemu bomoh Kelantan.
Seterusnya adalah unsur seram di dalam filem ini. Hal ini jelas dapat dilihat
melalui babak-babak yang mengejutkan. kostum dan solekan hantu digunakan di
dalam filem ini memainkan peranan yang sangat penting. Dapat dilihat solekan
dan kostum yang ditonjolkan sangat menyeramkan dan realistik. kesimpulannya
filem Ngangkung ini telah berjaya menarik penonton ke pawagam untuk menyaksikan
filem ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila filem ini telah berjaya mengutip
sebanyak RM 8.17 juta sepanjang tempoh tayangan dan telah diiktiraf oleh
Malaysia Book of Record sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 2010.
Filem Ngangkung mementing watak dan
perwatakan yang mana ia memainkan peranan penting dalam penceritaan filem
tersebut. Watak dan perwatakan ini diwujudkan bagi menjelaskan dan menghidupkan
cerita yang dikarang oleh novelis. Menurut Stanton (1984), watak dan perwatakan
adalah suatu fiksi biasanya di pandang dari dua segi. Pertama, pandangan kepada
watak yang bermain dalam cerita dan kedua pandangan kepada pemburuan dari
minat, keinginan, emosi, dan moral yang membentuk individu bermain dalam suatu
cerita. Terdapat beberapa watak dan perwatakan yang terdapat dalam filem
Ngangkung ini antaranya watak Azim, Tasnim, dan Wan. Ketiga-tiga ini adalah
watak utama dalam filem Ngangkung yang mempunyai perwatakan sendiri. Watak Azim
telah dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Shaheizy Sam dan memegang watak
sebagai bapa kepada seorang anak. Azim bekerja sebagai seorang pemandu lori
yang mempunyai pendapatan yang sangat rendah namun Azim merupakan seorang bapa
yang sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang perihal keluarganya.
Azim juga merupakan seorang yang sangat lurus terhadap orang sekelilingnya
terutama terhadap rakan-rakannya. Azim berubah perwatakan menjadi seorang bapa
dan suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengendah akan perihal
keluarganya lagi setelah terjebak permainan nombor ekor Manakala watak Tasnim
adalah sebagai rakan baik kepada Azim dan watak ini dipegang oleh Azad Jazmin.
Begitu juga watak Wan yang dipegang oleh Angah Raja Lawak yang memegang watak
sebagai rakan baik kepada Azim. Perwatakan Tasnim dan Wan adalah sama yang mana
mereka gemar bermain nombor ekor sehingga Azim terjebak dengan permainan
tersebut. Terdapat juga watak sampingan seperti Suri yang mana merupakan isteri
kepada Azim yang dilakonkan oleh Eira Syazira malah Suri seorang ibu yang
sangat baik dan amat menyanyangi keluarganya.
Filem Ngangkung ini juga mempunyai tema yang menarik
ditonjolkan oleh pengarang dalam filem tersebut. Tema merupakan salah satu
perkara yang penting dalam membina sesebuah cerita. Disebabkan itu tema diberi
maksud idea utama dalam menghasilkan jalan cerita. Menurut Stanton dan Jenny C,
tema merupakan makna yang terkandung di dalam sesebuah cerita dalam karya
sastera. Ini dapat dibuktikan lagi dengan pendapat Staton (1965) yang
mengatakan bahawa tema adalah idea utama dan tujuan dalam sebuah cerita yang
diterangkan dengan cara yang sederhana. Tema yang terdapat dalam filem
Ngangkung ini adalah tema tentang kehidupan masyarakat Melayu yang terlalu
taksub dengan perkara tahyul. Dalam filem ini, tiga sekawan iaitu Azim, Tasnim,
dan Wan. Mereka bertiga terlalu taksub untuk menjadi kaya dengan jalan mudah
iaitu dengan membeli nombor ekor. Namun untuk mendapatkan nombor mereka telah
menggunakan khidmat bomoh yang akhirnya membawa kepada kehancuran kepada diri
mereka sendiri. Tema yang cuba ditonjolkan dalam filem ini begitu dekat dengan
masyarakat Melayu pada hari yang begitu mudah percaya kepada
perbuatan-perbuatan karut untuk mendapat kekayaan dan kesenangan tanpa
berusaha.
Selain busana, terdapat juga penggunaan
peralatan iaitu set dan prop terutama dalam poster filem Ngangkung itu sendiri.
Set dan Prop adalah berasal daripada perkataan Inggeris yang definisikan
sebagai dua perkara atau item yang berbeza di dalam seni persembahan teater
yang menyokong atau mewarnai sesuatu adegan atau babak lakonan (scene).
Terdapat perbezaan di antara dua elemen penting yang adakalanya mengelirukan
dari sudut pendefinisian. Set dapat diertikan sebagai bahan atau material yang
bersifat tetap untuk sesuatu adegan lakonan yang memberi maklumat atau info
kepada penonton secara fizikal atau wujud tentang sesuatu gaya atau konsep
persembahan. Prop pula bermaksud setiap bahan atau material yang digunakan oleh
pelakon. Berdasarkan poster filem Ngangkung ini set yang digunakan adalah latar
belakangkan suasana yang gelap dan ketiga-tiga watak duduk mencangkung
menghadap sebuah kubur. Manakala dibahagian bawah poster berlatar belakangkan
hutan gelap dan kawasan perkuburan. Hal ini mencerminkan tentang genre filem
tersebut iaitu filem seram. Bagi penggunaan prop pula, kelihatan watak Azim
iaitu lakonan Shaheizy Sam memegang dua keping kertas seakan kertas nombor
ekor. Penggunaan prop sebegini sedikit sebanyak memaparkan jalan cerita bagi
filem ini.
Latar juga salah satu unsur yang
digunakan bagi menghasilkan filem Ngangkung ini. Latar merupakan unsur yang
penting dalam sesebuah filem. Latar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latar
tempat, latar masa dan juga latar masyarakat. Latar tempat adalah di mana
berlakunya peristiwa yang penting dalam adegan sesebuah cerita yang dibuat oleh
novelis. Latar masa adalah latar yang diambil yang mana sesuatu peristiwa itu
berlaku pada waktu bila ia berlaku. Latar masa dalam filem ini adalah masa
kini. Hal ini dapat dilihat berdasarkan dari segi kostum dan gaya bahasa yang
digunakan dalam filem ini. seterusnya adalah latar tempat. Terdapat banyak
latar tempat di dalam filem ini, antaranya adalah di kawasan perkampungan, hospital,
hutan dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak menggambarkan filem ini bergenre
seram. Beriikutnya adalah latar masyarakat. Latar masyarakat dalam filem ini
adalah latar masyarakat kampung. Masyarakat kampung yang masih lagi mempercayai
amalan-amalan yang berkaitan kepercayaan terhadap bomoh, dukun dan sebagainya.
Latar masyarakat yang seterusnya adalah masyarakat bomoh atau pengamal
ilmu-ilmu kebatinan. Masyarakat bomoh merupakan masyarakat yang mengamalkan
ilmu-ilmu kebatinan yang digunakan antaranya untuk tujuan perubatan dan
sebagainya. Namun dalam filem ini, bomoh atau dukun berfungsi untuk mendapatkan
kekayaan dan kesenangan secara mudah iaitu dengan mengangkung untuk mendapatkan
nombor ekor.
![]() |
Gambar 1: Antara
Latar yang Terdapat dalam Filem
Ngangkung
|
![]() |
|
Gambar 1: Antara
Latar yang Terdapat dalam Filem Ngangkung
|
Filem mengangkung juga mempunyai simbol
tertentu yang menyampaikan maksud tersendiri. Simbol atau perlambangan adalah
berfungsi dan berperanan untuk menegaskan maksud yang tersirat dalam sesebuah
babak filem itu. Dalam analisis filem Ngangkung ini, terdapat banyak
simbol-simbol yang boleh dilihat melalui poster filem ini sendiri. Simbol
pertama yang boleh dilihat adalah dari kertas yang dipegang oleh pelakon watak
Azim iaitu Shaheizy Sam. Kertas yang dipegang oleh watak Azim kelihatan seakan
tiket atau kupon nombor ekor. Hal ini bersangkutan dengan tajuk filem ini iaitu
Ngangkung. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ngangkung didefinisikan
sebagai duduk antara dua pelipat kaki sambil memuja. Ngangkung dalam konsep
filem ini adalah memuja sesuatu seperti kubur lama untuk mendapatkan ramalan
nombor ekor yang tepat. Oleh itu jelaslah bahawa simbol yang ingin disampaikan melalui
kertas yang dipegang oleh Azim adalah filem ini mengisahkan tentang golongan
yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dengan memuja untuk mendapatkan
nombor ekor.
![]() |
| Gambar 2: Simbol Kertas atau Tiket
Nombor Ekor |
Filem Ngangkung ini mempunyai unsur kekaguman yang
tersendiri. Unsur kekaguman ini juga yang menarik perhatian para penonton untuk
menonton filem ini. Walaupun filem Ngangkung ini menonjolkan seseorang yang
gemar bermain nombor ekor hingga melupakan perihal keluarga namun filem ini
mampu mencari jalan penyelesaian segala masalah yang membadai di sesebuah
institusi keluarga itu sendiri tanpa meminta bantuan orang luar. Ini
menunjukkan bahawa walaupun Azim atau Shaheizy Sam seorang pelakon komedi namun
dirinya dapat membawa dan menonjolkan watak itu dengan baik. Namun unsur
kekaguman ini juga dapat diperlihat dalam watak-watak hantu yang diperlihatkan
dalam filem Ngangkung itu sendiri. Hal ini dapat dilihat pada watak Lan Pet Pet
yang menjadi seorang bomoh namun mempunyai watak yang lucu dan ini
memperlihatkan bahawa ada kelainan dan kelainan ini juga menunjukkan kekaguman
kepada penonton kerana berani membawa kelainan daripada filem lain. Filem ini
juga membawa unsur kekaguman dengan mengubah cara bermain nombor ekor yang lucu
iaitu dengan mencangkung di hadapan perkuburan dan membuatkan penonton tidak
merasa bosan dan membawa kelainan daripada yang biasa dilihat ketika bermain
nombor ekor.
Dominasi watak bagi filem Ngangkung ini adalah watak
lelaki. Namun dalam filem Ngangkung ini menunjukkan bahawa dominasi watak
tertumpu kepada watak utama iaitu watak Azim. Hal ini dapat dilihat di dalam
penceritaan filem ini dan juga poster rasmi filem Ngangkung. Poster rasmi filem
Ngangkung sendiri meletakkan watak dominasi lelaki dan yang paling menonjol
adalah dominasi watak Azim yang berada di bahagian tengah poster. Watak Azim
ini ditonjolkan dengan meletakkan dibahagian tengah antara watak yang lain malah
ditimbulkan watak Azim berbanding watak lain. Watak Azim juga dilihat berlainan
di poster kerana lebih menekan dengan perlakuan watak Azim yang sedang
menyangkung di hadapan kubur sambil memegang duit. Ini menunjukkan bahawa watak
Azim lebih dominasi dan memainkan peranan penting dalam menggerakkan cerita .
Watak Azim yang memegang duit juga menunjukkan bahawa penceritaan ini
mengisahkan bahawa dia seorang yang suka bermain nombor di hadapan kubur dan
ini sendiri dapat memperjelaskan bahawa sememangnya watak Azim yang mendominasi
dalam filem ini. Reaksi muka Azim juga menjelaskan bahawa penceritaan ini seram
komedi kerana watak itu sendiri dipegang oleh Shaheizy Sam yang mana mereka
semua tahu bahawa dia seorang pelakon komedi malah reaksi watak Azim yang
terkejut juga dapat menjelaskan bahawa
filem ini terdapat unsur seram.
Selain itu, Naratif penceritaan akan dapat di lihat
menarik dari aspek plot penceritaan itu bermula dan di akhir dengan satu
penyelesaian yang baik. Plot membawa makna susunan peristiwa dalam sesuatu
cerita. Bersama dengan watak, latar, tema dan gaya, plot dianggap salah satu
komponen asas cereka. Plot terdiri daripada permulaan, perkembangan, perumitan,
puncak dan peleraian. Plot juga di takrif sebagai punca dan akibat bermula sesuatu
jalan cerita. Merujuk dari filem ngangkung plot penceritaan ini bermula ketika
azim, tasnim dan wan yang terjebak dengan satu situasi yang melibat satu
upacara memuja nombor ekor disebabkan terlampau percaya dengan kata-kata bomoh
tentang pemujaan tersebut akan membawa tuah kepada nombor yang di milikinya.
Sifat materalistik dalam diri watak yang menyebabkan mereka sanggup mengandai
segala harta, pinjam along dan sebagainya dan akhirnya mereka mula resah di
ganggun. Permulaan plot tersebut telah membawa watak dan keluarga mereka di
hantui dan ganggu oleh mahkluk halus sehingga kehidupan mereka porak peranda.
Namun pada satu ketika mereka mengambil keputusan untuk berubat dan mendapat
penawar supaya tidak di ganggu lagi oleh gangguan makhluk halus dan akhirnya
tiga watak tersebut Berjaya mendapat pertolongan dari seorang dukun. Jelas di
buktikan bahawa setiap plot yang di hasilkan memiliki satu unsur keindahan dan
humor yang menjadikan naratif penceritaan itu lebih menarik dan indah.
![]() |
| Gambar Rajah 3 : Simbol mata lembing dalam filem ngangkong |
Simbol seterusnya yang terdapat di dalam filem ngangkung
adalah mata tombak. Mata tombak yang di maksud di dalam file mini adalah satu
simbol kepada tangkal dan sesuatu benda yang perlu di jaga dan disimpan
sepanjang mengamalkan pemujaan nombor ekor. Mata tombak yang di gunakan sebagai
satu simbol di dalam filem ini memperlihatkan bahawa kepada kemegahan dan
kemewahan yang di miliki. Jelas dapat di gambarkan dalam filem tersebut
Penggunaan mata tombak dalam file mini mengambarkan satu sifat kemegahan dalam
aspek kekufuran yang perlu di jaga selama aktiviti memuja di jalankan. Malah,
unsur ini menjadi asas utama dalam mengerakan cerita tersebut.
Selain itu, juga di dalam flem ini juga terdapat wang atau
duit. Merujuk dari simbol ini mengambarkan satu simbol kekayaan. Penggunaan
simbol ini mengambarkan sikap dan sifat manusia yang mementingkan kesenangan
semata- mata dari memikirkan kesan yang bakal di timpa. Malahan penggunaan
simbol ini menunjukan keperibadian masyarakat mementingkan materalistik
sehingga sanggup mempergadaikan agama kerana kemewahan. Selain itu, simbol ini
di gunakan menunjukan taraf perbezaan watak melalui taraf kekayaan yang di
miliki. Malahan wang menjadi ukuran masyarakat di dalam filem tersebut sebagai
satu sudut utama mengecapi kebahagian berkeluarga. Pemaparan wang sebagai
simbol ini dapat memberi satu tanda kepada kemewahan dan ukuran kemewahan
seseorang.
Simbolik merujuk sesuatu perlambangan yang di gunakan
dalam filem dan poster. Merujuk dari filem ngangkung simbolliknya dapat dilihat
melalui posternya iaitu kawasan perkuburan yang di gunakan jelas membawa maksud
untuk memuja sesuatu yang tidak elok. Di dalam filem ini kubur di gunakan untuk
meminta nombor ekor di mana pelakon yang lebih mempercayai kata-kata orang
bahawa nombor dari pemujaan lebih tepat dan membawa keuntungan kepada mereka.
Kawasan perkuburan juga membawa maksud
kepada unsur kurafat atau mempercayai benda lain selain tuhan.
Selain itu, simbolik yang terdapat dalam poster filem
tersebut adalah ekor yang di gunakan pada huruf N dalam perkataan “NGANGKUNG”
adalah berkonsep kurafat dan melibat ilmu mistik. Di mana dapat dilihat ekor
itu juga merujuk kepada sesuatu yang kurang baik dan tidak elok. Malahan ianya
juga memberi perlambangan kepada sifat mistik-mistik yang lebih menyeru kepada
benda halus. Selain itu, di dalam filem ini juga ada menggunakan mata tombak
sebagai alat untuk pemujaan nombor ekor atau perantaraan untuk berhubung dengan
benda ghaib.
Tajuk ngangkung di gunakan sebagai simbolik kepada duduk
Antara berlipat kaki sambil memuja benda halus untuk mendapatkan nombor ekor.
Simbolik ini jelas dapat di lihat dari posternya iaitu 3 pelakon yang duduk
berlipat kaki yang meminta nombor. Malahan itu juga pelakon tersebut juga lebih
menunjukan reaksi seperti filem jenaka dari segi perwatakan mereka.
![]() |
Gambar Rajah 4 : kawasan tempat membeli
nombor
ekor
|
Merujuk dari filem ini juga bangunan yang di gunakan
kawasan kampung-kampung. Kawasan kampung di gunakan sebagai berkonsep penduduk
kampung mudah terpengaruh. Di mana dapat dilihat penduduk kampung cepat
mempercayai perkara kurafat untuk mendapat kekayaan lebih cepat berbanding dari
usaha. Malahan kawasan kampung itu juga digunakan untuk merujuk kepada situasi
penduduk kampung yang masih mempercayai dengan bomoh-bomoh sebagai ejen itu
memudahkan sesuatu kerja. Kawasan kampung di gunakan sebagai perlambangan
kepada watak dan perwatakan.
Selain itu, Kawasan deretan kedai-kedai juga digunakan
dalam filem ini merujuk kepada kawasan tempat beli nombor ekor. Di mana dapat
dilihat dari watak yang sering menggunakan kawasan tersebut untuk mendapat
nombor ekor. Malahan mereka lebih percaya bahawa kedai tersebut dapat memberi
keuntungan yang berlipat kali ganda dari mereka perlu berusaha. Malah itu juga
kawasan deretan kedai digunakan untuk mereka berbincang mengenai bualan kosong
dan pertemuan antara watak.
Kritikan sosial di dalam filem ngangkung juga Filem ini
juga bercerita tentang implikasi buruk kesan daripada judi. Tentunya, ia lebih
cenderung kearah keburukan berbanding kebaikkan. Perkara semudah halal dan
haram ini, tidak memerlukan kita memiliki otak yang genius untuk difahami,
namunmasih terdapat sebilangan masyarakat yang terjebak dengan gejala-gejala
negatif seperti ini. Merujuk babak Azim menyatakan kepada Tasnim bahawa si Lan
Pet Pet mahu mereka berdua berfikir dan meneka nombor apa yang akan keluar
berdasarkan telahan yang telah diberikan oleh saka lembing. Babak ini
sebenarnya menerbalikkan satu teori yang sama jika di teka sama kepada syarikat
nombor ekor, bukankah nombor-nombor itu juga boleh dirancang oleh syarikat
tersebut? Mereka semestinya mempunyai data nombor-nombor yang telah dibeli oleh
pelanggan mereka, jadi mungkin mereka boleh memilih nombor yang tidak ada
didalam senarai data tersebut sebagai hadiah utama. Gambaran ini menjadi satu kritikan
sosial yang sangat mapan untuk kaki-kaki ngangkung ini supaya bertaubat atas
perbuatan mereka. Selain itu, konsep penceritaan ini adalah lebih menyindir
kehidupan masyarakat kini yang mengerja kemewahan sehingga sanggup
mempergadaikan harta semata-mata untuk kesenangan dan miliki lebih dari orang
lain. Sikap ini dapat dilihat dari watak tasnim yang sudah sebercukup dari segi
kewangan sanggup memperjudikan nasib diri dengan bermain nombor ekor dan memuja
nombor ekor sehingga meruntuhkan sifat keperibadian diri.
Merujuk dari poster pula terdapat
penggunaan latar tempat dua yang berbeza iaitu melibatkan penggunaan visual di
kubur dan sebuah perigi lama. Penggunaan visual kubur di dalam poster tersebut untuk mewujudkan satu suasana seram
dan bagi mengambarkan plot penceritaan filem tersebut. Malahan itu, kubur juga
di gunakan sebagai sumber tempat mereka meminta dan memuja nombor ekor.
Pemilihan latar tempat di dalam poster filem ini amat memberi kesan seram dan
menimbulkan satu situasi yang berbeza dari poster filem lain. Selain itu,
merujuk dari penggunaan perigi lama tersebut juga adalah mengambar naratif
bermulanya jalan cerita filem tersebut. Penggunaan perigi ini menimbulkan satu
sifat mistik dan kepercayaan bahawa sesuatu benda usang dapat membangkit unsur
seram. Selain itu, penggunaan tengkorak- tengkorak dalam poster tersebut juga menimbulkn
satu unsur sprintual yang melibatkan bomoh atau dukun. Malahan itu, penggunaan
hiasan tengkorak di dalam poster tersebut menunjukkan set dan prop yang akan di
pakai oleh dukun dan bomoh. Selain itu, penggunaan tengkorak ini juga
menghidupkan lagi satu bentuk tradisi dan amalan berkait dengan konsep pemujaan
sesuatu benda halus dan melibatkan kematian.
Penggunaan jenis font di dalam poster juga di lihat lebih berunsur
mistik dan di tambah lagi dengan ekor yang di gunakan di dalam sebagai simbol
kepada kekufuran. Penggunaan jenis font ini mendedahkan satu bentuk tarikan
kepada para penonton. Malahan jenis font ini memberi satu reaksi dari
tanggapan penonton yang berbeza perkenaan filem tersebut seperti memiliki satu
unsur humor dan mistik. Warna yang di gunakan juga lebih ketara seperti tulisan
usang atau lama yang menunjukkan kepada sesuatu perkara di dalam filem
ngangkung. Ekor yang di gunakan juga seperti kelihatan anak panah yang
menunjukan sesuatu di atas dan di bawah poster tersebut. Gambaran ini
sebenarnya menunjuk perwatakan seseorang watak dari tidak terikut perkara
kurafat sehingga tergolong dengan perkara-perkara yang melanggar syariah islam.
Jelas dapat di buktikan penggunaan font berantai ini amat menimbulkan
satu gambaran terhadap filem mistik seperti ini.






Comments
Post a Comment